Tindakan UMNO melakukan pemecatan dan penggantungan terhadap kepimpinan serta ahlinya didakwa tidak mampu 'membersihkan' parti Melayu itu.<br /><br />Sebaliknya, menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa apa yang dilakukan UMNO itu hanya akan menyebabkan lebih banyak 'kotoran'.<br /><br />Ia kerana dakwa Annuar, punca sebenar kepada 'kotoron' berkenaan masih kekal berpaut dalam UMNO.
